Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Okt – Penggemar raja buah akan berpeluang menikmati Musang King Pahang pada Mini Ekspo Pertanian dan Agri Makanan yang akan berlangsung esok (1 November) di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Ia dibawakan oleh syarikat tempatan, Syarikat Jijon binti Haji Khamis bagi memenuhi selera dan permintaan peminat durian Musang King.
Menurut pengurus syarikat itu, Dayang Mimi binti Abdul Hamid, durian spesies unik sukar diperoleh dan hanya beberapa buah gerai sahaja yang menjualnya pada harga berpatutan.
“Pada ekspo ini nanti, kami juga bukan sahaja menawarkan Musang King Pahang malah pelbagai jenis durian, tembikai dan buah-buahan lain yang terjamin kualitinya,” tambahnya.
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/c-11cm-rubie_011117.jpg)