NEW YORK, 13 DIS – Elon Musk menjadi individu pertama dengan anggaran kekayaan melebihi AS$400 bilion, lapor agensi berita Jerman (dpa) yang memetik Forbes dan Bloomberg.
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Majalah Forbes kelmarin menganggarkan kekayaan Musk sebanyak AS$431.2 bilion, manakala syarikat perkhidmatan kewangan Bloomberg menganggarkan nilainya sekitar AS$447 bilion.
Sejak pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) awal November lalu, kenaikan harga saham Tesla menjadi penyumbang utama kepada peningkatan kekayaan lelaki berusia 53 tahun itu.
Para pelabur berpendapat bahawa Tesla akan mendapat manfaat daripada hubungan rapat Musk dengan Presiden Terpilih AS, Donald Trump. – Bernama