YANGON, 30 DIS – Ekspo Pencahayaan Penyimpanan Kuasa dan Tenaga Suria Myanmar 2025 akan diadakan dari 10 hingga 12 Januari tahun depan di Pusat Konvensyen Yangon, kata penganjur acara baru-baru ini.
Ekspo berkenaan akan menampilkan produk solar dan elektronik dan dijangka menarik lebih 100 syarikat tempatan dan antarabangsa, kata penganjur.
Lebih 1,800 kilang yang mengeluarkan e-basikal, produk elektronik dan penjana akan menghadiri acara itu untuk bertemu dengan peruncit di seluruh Myanmar.
Produk-produk juga akan dijual pada harga diskaun semasa acara tersebut. – Xinhua