Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Myanmar catat rekod rampasan pil dadah sintetik

    YANGON, 1 Feb – Polis Myanmar membuat rampasan besar pil dadah sintetik pada tahun lalu, data yang diperoleh oleh AFP menunjukkan hari ini, menekankan peranan berterusan negara sebagai pengeluar narkotik global.

    Polis merampas 98 juta pil, hampir dua kali ganda berbanding 50 juta yang dirampas pada 2015, menurut data polis.

    Myanmar ialah salah sebuah negara pengeluar dadah teratas di dunia, menghasilkan sejumlah besar kuantiti methamphetamine dan dadah sintetik lain serta heroin, candu dan kanabis – kebanyakannya disalurkan kepada pengguna di Asia dan negara lain.

    Kebanyakan pengeluaran berlaku di wilayah sempadan terpencil yang dikawal oleh militia etnik minoriti atau kumpulan bersenjata yang bersekutu dengan tentera.

    Sementara penyeludup kecil-kecilan yang sering ditangkap, beberapa pemimpin kartel telahpun dihadapkan ke muka pengadilan dalam tempoh tiga dekad lalu.

    Disebabkan ia membabitkan kepentingan diri berpengaruh, mengatasi perniagaan tersebut masih merupakan halangan besar untuk pentadbiran awam Aung San Suu Kyi yang baru dipilih.

    Selain daripada pil, dokumen menunjukkan kira-kira 759 kilogram heroin, 945 kilogram candu dan 2,464 kilogram methamphetamine asli – atau “ais” – dirampas pada tahun lalu.

    Pendakwaan dadah meningkat daripada kira-kira 8,800 pada 2015 kepada 13,500. Pegawai narkotik berkata angka terbaru menunjukkan pengawasan sedang mencatat kejayaan besar dalam masalah yang dihadapi.

    “Namun penyeludupan masih meningkat,” beritahu seorang pegawai kanan kepada AFP, meminta namanya tidak disiarkan.

    Pegawai itu berkata halangan utama termasuk kekurangan tenaga manusia dan teknologi pengesanan berkualiti tinggi, serta kesukaran bekerja di kawasan yang dikawal oleh kumpulan etnik minoriti bersenjata. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda