Sunday, October 6, 2024
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Myanmar rancang tubuh 8 universiti politeknik

    YANGON, 13 OGOS – Myanmar merancang untuk menubuhkan lapan universiti politeknik pada tahun akademik 2024-25 bagi memupuk bakat dan meningkatkan penyelidikan, pembangunan teknologi dan inovasi di negara itu, lapor Global New Light of Myanmar yang dikendalikan kerajaan hari ini.

    Pengerusi Majlis Pentadbiran Kerajaan (MPS), Jeneral Kanan Min Aung Hlaing mengeluarkan kenyataan itu semasa berucap pada majlis memperingati Hari Belia Antarabangsa 2024 di ibu negara Nay Pyi Taw hari ini, sambil menekankan keperluan untuk membangunkan fizikal, mental, moral, sosial dan kekuatan ekonomi negara, kata laporan itu.

    Pada masa ini, kerajaan Myanmar sedang mengusahakan dasar hal ehwal belia untuk memupuk rakyat yang berilmu dan berkebolehan, kata laporan itu.

    MPS juga telah membentuk jawatankuasa untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan belia dengan berkesan, tambahnya. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda