Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nahas kereta ragut 9 jiwa

    HOBBS, NEW MEXICO, 17 MAC – Pihak berkuasa sedang cuba untuk menentukan sebab sebuah trak pikap melintas ke lorong bertentangan di lebuh raya West Texas yang gelap, dua lorong sebelum bertembung dengan sebuah van, membunuh sembilan orang termasuk enam pelajar universiti New Mexico dan seorang jurulatih golf, serta seorang budak lelaki berumur 13 tahun.

    Pelajar Universiti Barat Daya, termasuk seorang dari Portugal dan seorang dari Mexico dan jurulatih itu kembali dari kejohanan golf. Turut terbunuh dalam kemalangan Selasa lalu ialah pemandu trak pikap itu, manakala dua pelajar Kanada dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal.

    Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) telah menghantar pasukan penyiasat ke tapak nahas di Texas’ Andrews County, kira-kira 50 kilometer timur garisan negeri New Mexico.

    Pasukan golf itu menaiki van Ford Transit 2017 yang sedang menunda treler kotak apabila ia bertembung dengan trak itu dan kedua-dua kenderaan itu terbakar, menurut jurucakap NTSB, Eric Weiss. – AP

    Pasukan Keselamatan Awam Texas meninjau tempat kejadian kemalangan kereta maut kelmarin setengah batu di Andrews County, Texas. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda