Friday, November 15, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Nasi dah jadi bubur’

    Kemunculan penyanyi Jennie Blackpink menerusi program realiti Apartment 404 sememangnya menjadi perhatian penonton.

    Menerusi salah satu babak di dalam rancangan tersebut, Jennie menawarkan diri memasak nasi untuk dihidangkan buat semua pelakon rancangan berkenaan, kongsi mStar.

    Ketika dalam keadaan huru-hara, gelagat Jennie membasuh beras dengan cara memerah beras itu menjadi perhatian tetamu program.

    Malah salah seorang tetamu iaitu Lee Jae Seok juga menegur Jennie kerana terlalu hairan dengan cara dia mencuci beras.

    Selepas bekerja keras, Jennie terkejut apabila nasi dimasaknya itu menjadi bubur.

    Dia juga memaklumkan nasi tersebut tidak boleh dimakan selain enggan memperlihatkan ia kepada orang ramai.

    “Tak boleh guna… tak menjadi,” katanya.

    Perkara itu menjadi bualan ramai yang rata-rata mendakwa penyanyi berkenaan tidak pandai memasak nasi selain terhibur dengan keyakinannya ditunjukkan. – Agensi

    Jennie memasak nasi dalam keadaan huru-hara. – hmetro
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda