Wednesday, September 25, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nasib banduan hukuman mati paling lama bakal diketahui Khamis ini

    TOKYO, 24 SEPT – Banduan hukuman mati paling lama di dunia akan mendengar keputusan mahkamah Jepun pada Khamis sama ada dia akan menghadapi hukuman mati sekali lagi atau akhirnya dibebaskan, 10 tahun selepas memperoleh perbicaraan semula terhadap sabitan pembunuhannya.

    Iwao Hakamada, 88, telah dipenjarakan di bawah hukuman mati selama 46 tahun sehingga dia dibebaskan pada 2014 sementara menunggu perbicaraan semula.

    Bekas petinju itu pertama kali disabitkan pada 1968 atas tuduhan membunuh bosnya, isteri lelaki itu dan dua anak remaja mereka.

    Namun, selama bertahun-tahun, persoalan timbul mengenai bukti yang direka dan pengakuan yang dipaksa, mencetuskan penelitian terhadap sistem keadilan Jepun, yang menurut pengkritik menahan suspek sebagai ‘tebusan’.

    “Sejak sekian lama, kami telah berjuang dalam pertempuran yang dirasakan tiada berkesudahan,” kata kakak Hakamada, Hideko, 91, kepada pemberita pada Julai. “Tetapi kali ini, saya percaya ia akan diselesaikan,” tambahnya.

    Sementara itu, pendakwa raya berkata mereka tetap yakin dengan kesalahannya ‘di luar keraguan munasabah’. – AFP

    Hakamada ialah banduan hukuman mati paling lama di dunia. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda