Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nasib Sepanyol di tangan Iran

    KAZAN, 19 Jun – Pemain perancang Sepanyol, Isco berkata bahawa perlawanan menentang Iran akan memastikan nasib Piala Dunia mereka apabila mereka masih mencari kemenangan pertama di Rusia selepas seri 3-3 dengan Portugal.

    Juara 2010 dan antara pasukan pilihan tahun ini, cita-cita Piala Dunia Sepanyol diberikan peringatan, hampir kecundang oleh hatrik Cristiano Ronaldo.

    “Ia adalah perlawanan penting bagi memastikan nasib Piala Dunia kami,” kata Isco. “Kami mahu menjaringkan gol di awal perlawanan, meskipun ia bukan mudah.

    “Kami akan mengekalkan gaya kami sebagai sebuah pasukan, tetapi kami perlu membuat hantaran dengan lebih banyak dan mengekalkan penguasaan bola. Jika kami bermain pantas di atas padang, peluang itu akan tiba. Saya harap kami menjaringkan gol dengan pantas.” – AFP

    Pemain tengah Sepanyol dan Real Madrid, Isco, ketika menghadiri sidang media di Akademi Krasnodar. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda