Sunday, October 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    NATO, Jepun, tiga negara lain akan bersidang di AS

    WASHINGTON, 8 JULAI  – Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dijadual mengadakan mesyuarat sidang kemuncak dengan Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand pada Khamis di luar sidang kemuncak NATO, yang dijadualkan bermula Selasa di Washington, menurut seorang pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu.

    NATO dan empat negara dijangka membincangkan hal ehwal siber, tindak balas terhadap maklumat palsu dan bantuan kepada Ukraine.

    Empat negara itu dijemput sebagai rakan kerjasama di rantau Indo-Pasifik, dan Perdana Menteri Fumio Kishida dijangka hadir.

    Menurut pegawai kerajaan AS, bantuan China kepada industri pertahanan Rusia akan menjadi agenda, bantuan kepada Ukraine akan menjadi topik utama perbincangan dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dijadualkan untuk mengambil bahagian dalam perbincangan.

    Pegawai kerajaan AS itu juga berkata bahawa AS akan menyampaikan pakej bantuan ketenteraan baharu untuk Ukraine.

    Semasa sidang kemuncak itu, Presiden AS Joe Biden yang mempengerusikan sidang kemuncak NATO, merancang untuk mengadakan mesyuarat berasingan dengan pemimpin yang mengambil bahagian termasuk Zelenskyy.

    Biden merancang untuk mengadakan sidang akhbar sahaja pada hari Khamis iaitu hari terakhir sidang kemuncak itu. – ANN/ The Yomiuri Shimbun

    Gambar fail logo NATO. NATO dan empat negara dijangka membincangkan hal ehwal siber, tindakan balas terhadap maklumat palsu dan bantuan Ukraine. –  Unsplash

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda