Sunday, January 19, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    NBA denda Brooks dan Udoka

    NEW YORK, 20 DIS – Penyerang Houston Rockets, Dillon Brooks, didenda AS$35,000 manakala ketua jurulatih Rockets, Ime Udoka, didenda AS$25,000 oleh NBA kelmarin kerana mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya kepada pengadil permainan.

    Hukuman itu dibuat selepas kedua-duanya dinilai terhadap kesalahan teknikal dan dikeluarkan ketika berbaki 38 saat sewaktu Rockets tewas 128-119 pada Ahad lalu di Milwaukee.

    Dalam perlawanan itu menyaksikan pemain Bucks, Giannis Antetokounmpo, meraih 17 rebound untuk melepasi Kareem Abdul-Jabbar dan menjadi pendahulu sepanjang zaman Bucks. Bintang Greece itu sudah pun menjadi peneraju francais dalam mata dan assists.

    Damian Lillard membuat tiga daripada empat lontaran percuma daripada kesalahan teknikal Rockets untuk memastikan kemenangan Bucks.

    Pada 13-11, Rockets menduduki tempat kesembilan dalam West Conference, separuh perlawanan di belakang Los Angeles Lakers.

    Brooks, warga Kanada berusia 27 tahun, yang diperoleh melalui perjanjian perdagangan Julai dengan Memphis. Dia mempunyai purata 14.0 mata dan 3.6 rebound.

    Udoka, yang telah digugurkan sebagai jurulatih oleh Boston Celtics selepas melanggar polisi pasukan yang berkaitan dengan anggota kakitangan lain, telah diupah April lalu sebagai jurulatih Rockets. – AP

    Brooks menjerit kepada seorang pegawai selepas dikeluarkan semasa separuh masa kedua permainan bola keranjang NBA menentang Bucks, pada 17 Disember, di Milwaukee. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda