Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    NDRC peruntuk RM129.57 juta tangani bencana

    BEIJING, 8 JULAI – Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China (NDRC) memperuntukkan dana sebanyak RM129.57 juta untuk menyokong kerja pemulihan kecemasan di sekolah, hospital, kemudahan pencegahan bah dan tali air di kawasan yang dilanda banjir di wilayah Hunan dan Jiangxi pada 6 Julai.

    Dana itu antara lain juga akan digunakan untuk memulihkan kehidupan normal di kawasan terjejas bencana dengan secepat mungkin.

    Setakat 9 pagi tadi (waktu tempatan), daik yang rosak sepanjang 138.5 meter di Tasik Dongting, wilayah Hunan sudah dibaiki, manakala bakinya 87.5 meter dijangka akan diselesaikan menjelang tengah hari esok. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda