MIAMI, 14 MAC – Pemain bintang golf Amerika Syarikat (AS), Nelly Korda kelmarin berkata dia ketika ini dirawat kerana mengalami darah beku yang didiagnosis selepas dia mengalami bengkak di bahagian tangan.
Dalam perkongsian melalui Twitter, pemain nombor dua dunia itu berkata dia ‘berada di rumah menerima rawatan untuk menghilangkan risiko lebih buruk.”
Pemain berusia 23 tahun itu berkata dia berada di Ponte Vedra Beach, Florida, untuk sesi penggambaran dan pengiklanan apabila tangannya mula merasa seperti membengkak setelah bersenam.
Atas nasihat daripada doktor, dia pergi ke bilik kecemasan di hospital di mana darah beku itu dikesan.
Korda menikmati musim 2021 yang cemerlang termasuk empat gelaran LPGA dan pingat empat Olimpik.
Dia memenangi gelaran utama pertama di Kejohanan Wanita PGA dan meningkat ke ranking nombor satu dunia, walaupun dia kini terlepas di belakang pemain Korea Selatan, Ko Jin-young di tempat kedua.
Dalam perkongsiannya, Korda berkata dia akan memaklumkan perkembangan kepada peminat mengenai keadaannya dan pada masa yang sama meminta privasi untuk dirinya dan keluarga. – AFP