Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nick Cannon ambil insurans untuk organ sulit

    Setiap individu ada cara tersendiri untuk menjaga anggota badan mereka, begitu juga dengan bekas suami kepada penyanyi Mariah Carey iaitu Nick Cannon.

    Nick, 44, mendedahkan dia mengambil insuran bagi melindungi kemaluannya atau organ testikel selepas bergelar bapa kepada 12 orang cahaya mata.

    Enggan perkara buruk berlaku pada aset yang dianggap paling berharga, Nick sanggup mengeluarkan kos mencecah RM47.1 juta atau AS$10 juta.

    “Saya perlu melindungi aset paling berharga saya sebab saya tak mahu benda yang tidak diingini berlaku padanya.

    “Saya letak nilai tinggi sebab saya ada testikel yang paling menakjubkan di dalam dunia!” katanya memetik laporan mStar.

    Nick merupakan bapa kepada 12 orang anak. – yahoo.com

    Dalam pada itu, Nick mempertimbangkan keputusan tersebut kerana terpengaruh melihat selebriti lain mengambil polisi yang sama untuk kaki mereka.

    “Saya selalu tengok selebriti yang ambil insurans untuk kaki mereka, itu buatkan saya terfikir untuk buat benda yang sama,” katanya.

    Untuk rekod, Nick memiliki 12 orang anak daripada lapan wanita berbeza termasuklah Mariah Carey, DJ radio Abby Della Rossa dan model Alyssa Scott.

    Sebelum ini, Nick pernah mendirikan rumah tangga bersama Mariah pada tahun 2008, namun tidak bertahan lama selepas Nick sendiri yang memfailkan cerai pada tahun 2014.

    Pasangan tersebut dikurniakan sepasang kembar iaitu Moroccan dan Monroe yang kini berusia 12 tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda