Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nigeria galas tugas sukar

    GELENDZHIK, 21 Jun – Nige-ria akan berdepan Iceland esok dalam rangka untuk menyelamatkan kempen Piala Dunia tetapi bimbang dengan keupayaan Iceland.

    Jurulatih Gernot Rohr yang membawa skuad paling muda ke Rusia, dengan jarak umur sekitar 25 tahun telah mencatat satu kemenangan dalam 13 perlawanan sebelum ini.

    Nigeria mara ke peringkat kalah mati semasa Piala Dunia 2014 tetapi tewas 2-0 semasa perlawanan pembukaan Kumpulan D menentang Croatia di Kaliningrad menerusi jaringan sendiri Oghenekaro Etebo dan sepakan penalti oleh Luka Modric.

    Pasukan Nigeria, termasuk penjaga gol berusia 19 tahun, Francis Uzoho, hampir tidak dikenali berdasarkan pasukan yang ditewaskan oleh Perancis di peringkat 16, empat tahun yang lalu,

    “Kadang kala kami sedikit naif semasa sepakan percuma tetapi akan berusaha keras,” kata Rohr.

    Iceland berada di awang-awangan selepas jurulatih Heimir Hallgrimsson menyifatkannya sebagai ‘contoh mudah’ mengenai bagaimana menjaga Lionel Messi.

    Messi mengadu bahawa ‘Iceland tidak mahu bermain’ tetapi pasukan Iceland beraksi dalam Piala Dunia buat pertama kali tidak tertarik dengan kritikan itu.

    “Mungkin dia akan berasa gembira jika kami melakukan taktik serangan dan tewas 5-0. Orang ramai mempunyai pendapat mereka sendiri tetapi kami tidak menghiraukannya,” kata penjaga gol Hannes Halldorsson.

    Perlawanan di Volgograd akan ‘lebih terbuka’ kata penjaga gol berusia 34 tahun itu yang beraksi dengan baik, terutama sekali menyelamatkan sepakan penalti Messi.

    “Nigeria sukar untuk ditewaskan. Mereka bermain laju dan lebih terus berbanding Argentina. Ia akan mempamerkan perlawanan yang berbeza” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda