Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nigeria janji malukan Messi

    SAINT PETERSBURG, 26 Jun – Nigeria akan menikmati potensi menamatkan harapan terakhir Piala Dunia Lionel Messi untuk Argentina meskipun rasa kekaguman mereka buat pemain terbaik dunia sebanyak lima kali itu, janji jurulatih Nigeria, Gernot Rohr.

    Kemenangan buat negara Afrika itu di Saint Petersburg awal pagi Rabu akan menghantar Argentina pulang dengan rasa malu kerana gagal memenangi sebarang perlawanan di Rusia, manakala Nigeria pula ke pusingan kalah mati.

    “Kami menyukai pemain hebat ini, Messi, semua orang menyukainya,” kata Rohr. “Persoalannya bukanlah jika ini adalah Piala Dunia terakhirnya atau tidak, persoalannya adalah kami perlu layak.

    Lionel Messi mengutip kon kecil semasa skuad Argentina menjalani sesi latihan di Rusia. – AP

    “Kami di sini bukan untuk menyaksikannya bermain. Kami di sini untuk mendapatkan keputusan, kami adalah profesional. Kami di sini untuk mempertahankan warna Nigeria dan kami tahu dalam bola sepak tidak ada belas kasihan, semua orang mahu menang dan kami tidak mahu memberikan hadiah meskipun kami sangat menyukai pemain ini.”

    Messi menyelamatkan Argentina daripada kempen kelayakan yang tidak menentu, namun setakat ini dia gagal menjaringkan gol di Rusia, gagal menyudahkan penalti ketika seri 1-1 menentang Iceland, sebelum Croatia membelasah juara dunia dua kali 3-0. Pertahanan Nigeria, Brian Idowu mengakui bahawa dia mahu jersi Messi sebagai kenangan, namun dia juga menegaskan bahawa dia mahu menghantar Argentina pulang. “Matlamat utama kami adalah perlawanan itu akan menjadi aksi terakhir Messi di Piala Dunia ini,” kata Idowu, yang dilahirkan di Saint Petersburg dan masih bermain untuk kelab bola sepak di Rusia, Amkar Perm. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda