Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nikita Willy dikecam biar anak makan ketika mengantuk

    Tindakan pelakon Indonesia, Nikita Willy berkongsi video anak lelakinya yang sedang makan ketika mengantuk mengundang kecaman warganet.

    Memetik laporan mStar, ramai mempersoalkan Nikita memberi anaknya makanan berbanding memberikan puting atau susu.

    “Jangan buat macam itu Nikita, boleh tercekik anak nanti. Lebih baik bagi hisap puting atau susu.

    “Kalau anak awak tercekik macam mana? Silap-silap boleh menyebabkan kematian,” komen warganet.

    Dalam pada itu, Nikita mempertahankan tindakannya memberikan anak lelakinya iaitu Issa makanan berbanding puting.

    Ini kerana Issa tidak pernah diajar tidur sambil menghisap puting.

    “Lebih baik dia makan daripada hisap puting. Saya dari dulu tidak membiasakan anak saya hisap puting,” ujarnya. – Agensi

    Nikita dikecam warganet beri makanan kepada Issa ketika mengantuk. – majalah.tempo.co
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda