LONDON, 26 DIS- Ruud van Nistelrooy sedar akan ‘gambaran yang lebih besar’ selepas kekalahan pasukannya baru-baru ini berikutan permulaan kemenangannya sebagai bos Leicester.
Bekas penyerang Manchester United itu memenangi perlawanan pertamanya ketika mengendalikan West Ham awal bulan lalu tetapi dua perlawanan terakhir Leicester berakhir dengan kekalahan.
Van Nistelrooy, bercakap menjelang pertembungan Boxing Day dengan pendahulu Liga Perdana, Liverpool, berkata: “Jika awda menilai setiap minggu dalam drama atau kejayaan, itu bukan cara untuk bekerja sebagai profesional.
“Media dan peminat akan bertindak sedemikian tetapi kami tahu kami berada dalam liga untuk jangka masa panjang dan kami tahu penghujung musim adalah garisan penamat. Itu adalah gambaran yang lebih besar untuk saya.”
Lelaki Belanda berusia 48 tahun itu menambah: “Saya tidak akan mencipta drama setiap minggu. Saya tidak akan meraikannya setiap minggu.
“Kami tahu ia akan menjadi musim yang panjang di mana kami berjuang sehingga akhir untuk menunjukkan kami layak bermain dalam liga ini.”
Liverpool berada dalam prestasi terbaik di bawah pengurus Arne Slot, yang mengambil alih tugas di Anfield selepas Jurgen Klopp berundur pada penghujung musim lalu.
Van Nistelrooy amat menyedari kualiti rakan senegaranya itu, selepas menentang Slot ketika kedua-duanya mengendalikan kelab Eredivisie.
“Ia jelas siapakah kuasa yang dominan dalam permainan ini,” kata Van Nistelrooy.
“Saya tahu bagaimana Arne mahu pasukannya bermain dan dia bejaya serta-merta. Mereka juga kuasa dominan dalam Liga Juara-Juara. Rekodnya menakjubkan.
“Kami perlu menjadi sangat padat, kami perlu bersedia untuk mengetahui apa yang kami akan hadapi. Kami juga perlu bersedia untuk bermain.
“Ia akan menjadi tugas yang hebat tetapi ia juga adalah peluang yang baik untuk berkembang dalam semua bidang dalam permainan ini dan itu akan membantu kami ke garisan penamat.” – AFP
