Friday, August 9, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Noraniza Idris minta kaji sejarah Melaka

    Dihujat pertanyaan berhubung poster konsert disamakan dengan sambutan Tahun Baharu Cina, penyanyi Noraniza Idris tidak melihat ia sebagai satu kesalahan.

    Sebaliknya kata Noraniza, 55, poster berkenaan diinspirasikan daripada salah satu budaya di Melaka malah pakaian tradisi digayakan tanda hormat kepada warisan negeri tersebut.

    Apatah lagi Konsert Qalam Noraniza Idris bakal berlangsung di Panggung Bangsawan Melaka.

    “Sebab Melaka dik! Orang Melaka kan pakai sanggul lintang. Tak tahu ke?

    “Melaka ada budaya mereka sendiri. Jadi kita masuk ke Melaka kita praktikkan budaya mereka. Bukan Tahun Baharu Cina faham tak?” katanya.

    Noraniza bakal menganjurkan Konsert Qalam di Melaka pada September ini. – Bernama

    Menurut mStar, Noraniza berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung yang dibuat di TikTok.

    Dalam pada itu, Noraniza berkongsi Melaka mempunyai pengaruh budaya yang besar dari negeri China dan memohon orang ramai mengkaji sejarah asal usul negeri tersebut.

    “Tangan saya itu bukan seperti genggaman yang dilakukan oleh orang Cina, saya pegang keris.

    “Tengok betul-betul akak punya poster dik. Memang nampak macam Cina sebab Melaka kan mempunyai pengaruh budaya Cina yang besar.

    “Contohnya Dondang Sayang, Baba Nyonya. Kalau lihat bangunan di Melaka semuanya mempunyai pengaruh yang sama. Peminat harus faham dan kaji dari segi sejarah mereka,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Fosil tapak kaki dinosaur kecil ditemui di barat laut China

    LANZHOU, 7 OGOS – Satu set lima tapak kaki dinosaur kecil dari zaman Cretaceous telah ditemui di barat laut Wilayah Gansu China, dipercayai antara...