Sunday, September 22, 2024
34.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Norris mula petak utama di S’pura, Verstappen tempat kedua

    BERLIN, 22 SEPT – Pencabar kejuaraan, Lando Norris daripada McLaren, berjaya meraih petak utama untuk perlumbaan Grand Prix Formula Satu Singapura yang akan berlangsung hari ini, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Norris dari Britain, yang berusaha untuk menumbangkan juara dunia dan pendahulu kedudukan Max Verstappen, mencatat masa satu minit 29.525 saat untuk mengatasi pelumba Belanda itu dan meraih petak utama yang keenam dalam kariernya.

    Lewis Hamilton akan memulakan perlumbaan di tempat ketiga selepas meningkatkan pecutannya pada saat akhir di bawah pancaran lampu di litar jalanan kota negara itu.

    Sementara Carlos Sainz daripada Ferrari yang memenangi perlumbaan di sini dari petak utama musim lepas, terlibat dalam kemalangan apabila melanggar dinding sehingga menyebabkan bendera merah dikibarkan.

    Beliau tidak mengalami kecederaan, tetapi terpaksa memulakan perlumbaan dari tempat ke-10. Pihak marshal bergegas mengeluarkan keretanya untuk membolehkan sesi kelayakan diteruskan.

    McLaren telah lama ketinggalan dalam persaingan itu, sejak Lewis Hamilton meraih gelaran dunia untuk pasukan Britain itu pada 2008.- Bernama

    Lando Norris (tengah) meraikan petak pertamanya dengan Max Verstappen (kiri) dan Lewis Hamilton selepas sesi kelayakan Grand Prix Formula Satu Singapura di Marina Bay Litar Jalanan, Singapura kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda