Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    NZ kesan 9 lagi Omicron

    WELLINGTON, 20 DIS – New Zealand hari ini mengesan sembilan lagi varian Omicron dalam kalangan pengembara antarabangsa, membawa jumlah keseluruhan varian tersebut kepada 22, menurut Kementerian Kesihatan.

    Daripada keseluruhan kes Omicron sehingga ke hari ini, semuanya kekal diasingkan, dengan pengecualian satu kes yang kini sudah pulih dan dibenarkan keluar hospital, menurut kenyataan dikeluarkan hari ini.

    Sebanyak 69 lagi kes komuniti COVID-19 dilaporkan hari ini, membawa jumlah keseluruhan kes disahkan di negara itu kepada 13,125 kes. Antara jangkitan baharu, 59 daripada direkodkan di bandar terbesar Auckland, tujuh di Waikato, dua di Bay of Plenty dan satu di Taranaki, manakala tujuh dirawat dalam Unit Rawatan Intensif, menurut kementerian kesihatan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda