Tuesday, November 26, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    NZ rampas semula rekod dunia Haka Maori terbesar

    WELLINGTON, 30 SEPT – New Zealand (NZ) berjaya merampas semula rekod dunia bagi haka terbesar, dengan ribuan orang mempersembahkan tarian tradisional Maori di Auckland, lapor Agensi Berita Jerman dpa

    Penganjur berkata 6,531 orang mempersembahkan Haka paling terkenal di negara itu, Ka Mate petang kelmarin.

    “Apa yang bermula sebagai idea berani setahun lepas untuk menuntut semula rekod itu kini telah menjadi kenyataan. Banyak yang dipertaruhkan,” kata penganjur Hinewehi Mohi. Rekod sebelumnya dipegang oleh 4,028 orang dari Perancis pada 2014.

    Haka berasal dari mitologi Maori dengan wiriwiri, pergerakan tangan yang bergetar dan gerak isyarat badan yang dilihat dalam haka, menyerupai ombak apabila haba naik dari bumi. Haka adalah cara lazim untuk mengalu-alukan puak yang melawat tetapi ia juga dilakukan untuk menyediakan pahlawan untuk berperang.

    Hari ini, haka dipersembahkan pada majlis-majlis penting termasuk acara sukan, pengebumian, perkahwinan, graduasi dan upacara alu-aluan.

    Pemain ragbi New Zealand melakukan Haka semasa perlawanan Kejohanan Ragbi dan Piala Bledisloe menentant Australia Wallabies di Sky Stadium di Wellington pada 28 September. – AFP

    “Haka merupakan bahagian penting dalam budaya kami dan mengembalikan mana (kuasa rohani) rekod dunia ini daripada Perancis dan kembali ke tanah asalnya dan memastikan ia dilakukan dengan betul dan dengan integriti adalah penting,” kata Mohi.

    “Acara bersejarah ini telah membolehkan kami mempamerkan warisan budaya kami yang kaya kepada dunia dan mengukuhkan hubungan mendalam yang kita semua kongsi.” – Bernama

    Peserta berkumpul dalam percubaan rekod dunia untuk Haka besar-besaran terbesar di Eden Park di Auckland kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda