Saturday, January 4, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    NZ tingkat bantuan bencana susulan gempa Vanuatu

    WELLINGTON, 31 DIS – Kerajaan New Zealand telah menghantar lebih banyak penerbangan udara oleh Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF) bagi menyokong usaha bantuan bencana di Vanuatu susulan gempa bumi bermagnitud 7.3 yang melanda negara Pasifik itu dua minggu lalu.

    Pesawat C-130H Hercules dikerahkan untuk melaksanakan penerbangan tambahan, bagi memberikan sokongan selepas gempa bumi besar itu yang setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang dan mencederakan ratusan lagi, menurut Pasukan Pertahanan New Zealand hari ini.

    Dua penerbangan ulang-alik antara New Zealand dan Vanuatu dilaksanakan minggu lalu untuk pertukaran giliran kakitangan bantuan bencana serta membawa peralatan daripada pelbagai agensi, kebanyakannya daripada pihak Bomba dan Kecemasan New Zealand.

    Penerbangan itu turut membawa pulang rakyat New Zealand yang dipindahkan dari Vanuatu.

    “Selepas penerbangan hujung minggu lalu, kebanyakan anggota yang pada awalnya dihantar oleh agensi ke Vanuatu kini telah kembali ke tanah air masing-masing,” kata Komander Komponen Udara RNZAF, Komodor Udara Andy Scott. – Xinhua

    Gambar fail bertarikh 16 Mac 2015 ini menunjukkan pasukan penyelamat Palang Merah berjalan melewati pesawat C-130 Hercules Skuadron 40 RNZAF di Port-Vila, Vanuatu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda