Thursday, September 19, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Oki Setiana Dewi pindah Mesir sambung pengajian

    Pelakon Indonesia, Oki Setiana Dewi membuat keputusan berpindah ke Mesir dan memilih Universiti Al Azhar bagi melanjutkan pelajaran selama empat tahun.

    Selain Oki, 35, dia turut membawa ibu dan tiga orang anaknya untuk menetap bersama di sana. Manakala anak bongsunya iaitu Sulaiman berada di Indonesia bersama suami.

    Sementara itu, suami Oki iaitu Ory Vitrio pada awalnya tidak bersetuju dengan pilihan tempat pengajian isterinya itu.

    Namun Oki berjaya memujuk Ory dengan menjelaskan Mesir adalah tempat paling sesuai jika benar-benar mahu dalami agama.

    “Suami saya menolak pada mulanya, sebab namanya pun Mesir di padang pasir, banyak habuk dan panas, jadi dia risau.

    Oki memilih Universiti Al Azhar untuk menuntut ilmu selama empat tahun. – voi.id

    “Tapi saya kata kalau nak belajar agama, pergilah ke Al Azhar, Mesir.

    “Alhamdulillah, ini rezeki daripada Allah, akhirnya suami saya bersetuju untuk benarkan belajar di Mesir,” jelasnya, memetik laporan mStar.

    Bagaimanapun, Oki bercadang untuk sering pulang ke Indonesia jika berkesempatan.

    Keputusan itu menunjukkan Oki mahu mengimbangi keinginan peribadi dan pada masa sama keperluan keluarganya.

    Untuk rekod, Oki berkahwin dengan Ory pada 2014 dan dikurniakan empat orang cahaya mata Maryam Nusaibah Abdullah, 10, Khadeejah Faatimah Abdullah, 8, Ibrahim Muhammad Abdullah, 7, dan Sulaiman Ali Abdullah, 4 tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda