Wednesday, March 12, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    OpenAI bawa ChatGPT ke talian telefon

    SAN FRANCISCO, 19 DIS – ChatGPT bakal disediakan pada talian telefon, menurut syarikat OpenAI.

    Cara menggunakannya adalah lebih kurang sama dengan Mod Suara Lanjutan, suatu ciri perbualan masa nyata ChatGPT.

    ChatGPT akan bertindak balas kepada soalan yang ditanya pengguna melalui percakapan di telefon dan ia boleh mengendalikan tugas seperti menterjemah ayat ke dalam bahasa yang berbeza, menurut syarikat itu.

    OpenAI menawarkan 15 minit panggilan percuma untuk pengguna Amerika Syarikat. Syarikat itu menyatakan bahawa bayaran standard mungkin dikenakan.

    Mulai Rabu, ChatGPT juga tersedia di WhatsApp untuk mereka yang lebih suka menghantar teks kepada pembantu kecerdasan buatan.

    Sama seperti ChatGPT melalui telefon tadi, pengguna tidak memerlukan akaun untuk menggunakan WhatsApp dan ChatGPT. Pengguna akan turut mendapat notis apabila mereka menghampiri had harian.

    “OpenAI bermatlamat menjadikan kecerdasan buatan (AI) bermanfaat kepada semua dan sebahagian daripadanya menjadikan ia boleh diakses oleh seberapa ramai orang yang boleh,” kata ketua pegawai produk OpenAI, Kevin Weil dalam satu siaran penstriman langsung. “Hari ini, kami mengambil langkah seterusnya dengan membawa ChatGPT ke telefon anda.”

    “Pasukan kami baru sahaja menghasilkan applikasi ini beberapa minggu lalu dan kami sukakanya. Kami baru sahaja mula menjadikan ChatGPT lebih mudah diakses oleh awda semua,” kata Weil lagi. – Xinhua

    Logo OpenAI pada telefon bimbit di hadapan imej pada Disember 2023, di Boston. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda