Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ops Peralihan: 4 kompaun dikeluarkan

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan Kem. Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Empat pelanggaran arahan telah didapati semasa sekatan pergerakan Operasi Peralihan yang dijalankan di seluruh negara dari 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi.

    Tiga daripada kesalahan tersebut adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah, manakala satu kesalahan lagi adalah atas kesalahan tidak mempunyai aplikasi BruHealth, kongsi Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bertempat di Kesihatan, petang tadi.

    Menurut beliau, kesalahan tersebut didapati berlaku di Daerah Brunei dan Muara.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada sidang media tersebut turut menyeru orang ramai untuk sama-sama berdoa dan memohon ke hadrat Allah SWT semoga Negara Brunei Darussalam sentiasa dipelihara dan dilindungi daripada segala bahaya, semua rakyat dan penduduknya diberikan kesihatan, dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan daripada segala penyakit khususnya penyakit COVID-19.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda