Oleh Ak Zaki Kasharan
Gambar serahan Kementerian Kesihatan
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 DIS – Lapan pelanggaran arahan telah direkodkan semasa Operasi Peralihan dijalankan di seluruh negara pada 10 malam sehingga 4 pagi tadi dan pesalah telah dikenakan denda kompaun.
“Tujuh daripadanya adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada sidang media harian COVID-19 di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.
Manakala itu Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan, tujuh kesalahan berkenaan telah didapati di Daerah Brunei dan Muara, manakala itu satu kesalahan pula adalah tidak mempunyai aplikasi BruHealth yang didapati di Daerah Belait.