Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ops Siaga kesan 5 kesalahan

    BELAIT, 7 JULAI – Lima kesalahan telah didapati semasa Operasi Siaga KB 139/2024 yang telah dikendalikan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh, Cawangan Daerah Belait di kawasan Jalan Pretty, Kuala Belait pada 29 Jun lalu.

    Operasi tersebut bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan 2009 dipatuhi oleh para majikan.

    Dalam operasi tersebut telah mendapati lima kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan 2009 dilakukan oleh majikan, iaitu Bab 10, majikan tiada menyediakan kontrak perkhidmatan secara bertulis, Bab 44 iaitu membuat pemotongan gaji pekerja yang tidak dibenarkan, Bab 70 iaitu gagal memberikan cuti pada hari kelepasan awam yang diwartakan, Bab 72 iaitu gagal memberikan cuti sakit yang disahkan oleh pengamal perubatan, dan Bab 82 iaitu gagal menyediakan kelengkapan pertolongan cemas.

    Bagi kesalahan tersebut, jika didapati, majikan boleh dikenakan denda kompaun tidak lebih daripada $1,000 bagi tiap-tiap kesalahan. Jika gagal membayar denda kompaun tersebut, majikan akan dihadapkan ke mahkamah.

    Sehubungan itu, Jabatan Buruh ingin mengingatkan para majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.

    Para majikan juga dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009.

    Pegawai Penguatkuasaan Undang-undang menjalankan pemeriksaan semasa operasi berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH
    GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda