Friday, January 3, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pacers tebus kekalahan kepada Celtics

    LOS ANGELES, 30 DIS – Pemain Indiana Pacers, Tyrese Haliburton menjaringkan 31 mata ketika Pacers mengubah kedudukan ke atas juara NBA, Boston Celtics, dengan kemenangan meyakinkan 123-114 di Boston, kelmarin.

    Dua hari selepas Jaylen Brown menjaringkan 44 mata yang membantu Celtics meraih kemenangan 142-105 ke atas Pacersberjaya ditebus semula.

    Haliburton menambah enam rebound dan tujuh assist manakala enam pemain lain menjaringkan dua mata untuk Indiana pada suku kedua sekali gus menyaksikan mereka
    merampas kelebihan tujuh mata pada separuh masa.

    Bagaimanapun, Brown kekal menyerlah, memberikan 31 mata dengan enam assist. Jayson Tatum kemudiannya menambah 22 mata dengan sembilan rebound dan enam assist.

    Sementara itu, Pascal Siakam dan Andrew Nembhard masing-masing menjaringkan 17 mata untuk Pacers, dengan Nembhard menambah lapan rebound dan lapan assist ketika dia kembali beraksi selepas terlepas perlawanan pada Jumaat lalu akibat kecederaan lutut kiri.

    Nembhard berkata akan mengekalkan rentak mereka pada suku keempat – apabila Celtics mengurangkan defisit 11 mata kepada dua dengan masa berbaki 7:38 merupakan kunci utama kepada kemenangan.

    “Saya rasa itu adalah perkara terbesar yang kami lakukan pada akhir perlawanan,” katanya.

    “Kami mengekalkan rentak dalam permainan. Kami tidak memperlahankannya dan terlalu bimbang tentang jaringan mata,” tambahnya. – AFP

    Nembhard (kiri) bersaing dengan Brown untuk mendapatkan bola di separuh masa pertama permainan bola keranjang NBA pada 29 Disember, di Boston. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda