Wednesday, January 15, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah buang puntung rokok

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JAN – Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) mengeluarkan denda kompaun sebanyak $100 kepada seorang individu yang didapati membuang puntung rokok berhampiran Yayasan, di ibu negara, pada hari ini.

    Individu yang dikenali sebagai Wan Mohammad Hardiny bin Wan Haji Mohd Yali itu dikenakan denda di bawah Akta Kesalahan Pelbagai (Pindaan) 2021, diberi masa tujuh hari untuk membayar denda atau berdepan tindakan mahkamah.

    Jika disabitkan kesalahan di mahkamah, denda boleh dikenakan antara $1,000 hingga $3,000 untuk kesalahan pertama dan sehingga $9,000 atau enam bulan penjara untuk kesalahan berulang. 

    JASTRe dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini mengingatkan kepada mana-mana individu, orang awam atau mana-mana syarikat untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan sifat bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.

    Puntung rokok yang dibuang ditemui oleh JASTRe. – GAMBAR SERAHAN JASTRE
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda