Thursday, December 12, 2024
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakistan minta bantuan Lubnan hantar pulang rakyatnya dari Syria

    NEW DELHI, 11 DIS – Pakistan telah meminta bantuan Lubnan untuk menghantar pulang ratusan warganya yang terkandas di Syria.

    Menurut laporan media Pakistan, sekitar 200 hingga 250 rakyat negara itu terkandas di Syria sejak berakhirnya lebih setengah abad pemerintahan keluarga Assad pada Ahad lepas.

    Dengan penutupan lapangan terbang Damsyik, rakyat Pakistan terjejas boleh pulang melalui Lubnan.

    Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatannya dari Lubnan, Najib Mikati pada Isnin meminta ‘kerjasama Lubnan dalam memudahkan visa semasa ketibaan bagi rakyat Pakistan yang terkandas untuk memasuki Lubnan dari Syria bagi perjalanan pulang mereka.’

    Shehbaz turut menyatakan solidariti Pakistan dengan Lubnan dalam menghadapi pencerobohan Israel.

    “Mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi Pakistan terhadap kedaulatan Lubnan di tengah-tengah serangan Israel dan mengalu-alukan gencatan senjata. Menggesa gencatan senjata serupa untuk Palestin,” katanya dalam satu hantaran di X. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda