Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pancake House perkenal Sunrise Orange Pancake Tower

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Feb – Bersempena Sambutan Tahun Baru Cina 2017, Pancake House Brunei, hari ini, memperkenalkan promosi istimewa baru bagi bulan Februari yang akan berlangsung hingga 28 Februari 2017.

    Menerusi promosi itu, Pancake House Brunei menawarkan diskaun 18 peratus bagi menu terpilih iaitu Sunrise Orange Pancake Tower yang disaluti dengan sirap lemon dan oren dengan krim keju.

    Dengan setiap pesanan Sunrise Orange Pancake Tower, pelanggan juga berpeluang mendapat diskaun sebanyak 15 peratus untuk setiap pesanan ala carte menu utama.

    Para pelanggan yang berminat bolehlah berkunjung di restoran Pancake House Brunei yang terletak bangunan tambahan, Giant Tasek Rimba yang dibukakan bermula jam 8 pagi sehingga 10 malam sehingga stok masih ada.

    Sunrise Orange Pancake Tower yang disaluti sirap lemon dan oren serta krim keju.
    Sunrise Orange Pancake Tower yang disaluti sirap lemon dan oren serta krim keju.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda