KUALA LUMPUR, 16 APRIL – Vietnam mengesahkan hanya 11 jenis sukan yang akan dipertandingkan pada temasya Sukan Para ASEAN edisi ke-11 di Hanoi pada Disember ini, walaupun terdapat permintaan untuk penambahan empat lagi sukan.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Penganjur Sukan Para ASEAN Vietnam (VIEAPGOC), mereka telah memaklumkan secara rasmi kepada Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) bahawa kerajaan Vietnam dan pihak berkuasa berkaitan tidak dapat memenuhi cadangan untuk memasukkan empat sukan tambahan itu.
“Kerajaan Vietnam dan pihak berkuasa berkaitan tidak dapat memenuhi cadangan Lembaga Gabenor (BoG) APSF atas sebab ekonomi serta kesukaran dalam menyediakan venue dan kemudahan akibat pandemik COVID-19,” menurut VIEAPGOC hari ini. – Bernama