VIENTIANE, 30 JAN – Jawatankuasa Tetap Perhimpunan Kebangsaan (NA) Laos hari ini telah meluluskan rombakan tiga menteri, berikutan satu cadangan oleh perdana menteri.
Bekas gabenor wilayah Savannakhet, Santiphab Phom-vihane telah dilantik sebagai menteri kewangan baharu. Bounchom Oubonpaseuth, bekas menteri kewangan akan menjawat jawatan baharu di wilayah Savannakhet, Naib Presiden NA Laos, Sounthone Xayachack memberitahu satu sidang media di ibu kota Laos, Vientiane hari ini.
Menteri Tenaga dan Perlombongan, Daovong Phonekeo diganti oleh bekas gabenor wilayah Saravan, Phoxay Sayasone. Daovong akan menjawat jawatan baharu di wilayah Saravan. – Xinhua