Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pasar Rakyat KBRI meriah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS – Pasar Rakyat 2022 yang dianjurkan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Brunei Darussalam selama dua hari hingga kelmarin, telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

    Berlangsung di kawasan lapang kedutaan berkenaan, ia memfokuskan kepada usahawan kecil dan sederhana di Brunei, khususnya yang memasarkan produk Indonesia atau menggunakan bahan-bahan dari Indonesia. 

    Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Sujatmiko berkata, kegiatan berkenaan bertujuan untuk membantu mereka menggerakkan ekonomi dan pulih akibat penularan wabak COVID-19 yang telah banyak menjejaskan perniagaan mereka. 

    Dengan adanya usaha itu, tambah beliau, ia diharap akan dapat mendorong serta membantu perniagaan mereka untuk bangkit dan secara tidak langsung memberikan peluang untuk meneroka produk Indonesia ke pasaran Brunei.

    Semasa acara itu, pengunjung disajikan dengan makanan tradisi Indonesia seperti pecel, rendang, tiwul dan banyak lagi. 

    Selain itu, terdapat petak jualan yang menawarkan perkhidmatan pengiriman wang, logistik, tiket penerbangan ke Indonesia, pendidikan dan sebagainya. 

    Ia juga diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan lumba bakiak serta lumba anak-anak, persembahan pentas, persembahan kesenian dan muzik rakyat yang dipersembahkan oleh warga Indonesia yang berada di negara ini.

    Antara aktiviti yang disediakan untuk pengunjung Pasar Rakyat 2022.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...