Tuesday, March 11, 2025
33.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan kebangsaan adakan perlawanan persahabatan

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 April – Sebagai persiapan bagi Kejohanan Bola Sepak Piala Hassanal Bolkiah (HBT) bagi Belia ASEAN 2018, Pasukan Bola Sepak Brunei Darussalam hari ini mengadakan pelawanan persahabatan dengan Pasukan Pasudan United di Padang dan Belapan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di Berakas hari ini.

    Dalam perlawanan itu pasukan negara beraksi cemerlang apabila berjaya mengalahkan pasukan lawan dengan jaringan 6-0.

    Sementara itu, selepas perlawanan tersebut, Jurulatih Pasukan Pasundan United, Asef Iskandar menegaskan bahawa sememangnya Pasukan Brunei Darussalam adalah pasukan yang hebat, sambil menambah kata bahawa dia sangat menyukai corak permainan pasukan negara.

    Asef juga menjelaskan bahawa perlawanan persahabatan itu adalah merupakan satu penghormatan bagi Pasukan Pasunda dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Negara Brunei Darussalam yang bakal menjadi tuan rumah bagi kejohanan HBT 2018 yang bermula pada 23 April ini.

    Pasukan Pasundan United adalah pasukan gabungan empat pasukan iaitu FC rabtau, Lorenza, Barca dan Estar daripada Liga KBMI Indonesia.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda