Friday, September 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan PBLBD pamer aksi cemerlang

    Oleh Daniel Lim – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Pasukan dari Persatuan Bot Laju Brunei Darussalam (PBLBD) mempamerkan aksi cemerlang pada Kejohanan Bot Laju Kanowit 2024 yang berlangsung di Waterfront Kanowit, Sibu, Sarawak, baru-baru ini.

    Antara pasukan yang mencatat kejayaan adalah Team Raja Kerbau Gemilang, yang diketuai oleh Abdul Muhaimin bin Armaini, dengan meraih tempat pertama dalam Kategori 30hp 3 Piston, selain menamatkan perlumbaan di tempat ketiga bagi Kategori 50hp dan ke bawah.

    Abdul Muhaimin turut menerima trofi cabaran sebagai pengiktirafan atas pencapaiannya dalam Kategori 30hp 3 Piston.

    Sementara itu, pasukan Jen-4 turut meraih kejayaan apabila Jeremy Naweh memenangi tempat ketiga dalam Kategori 60SST.

    Sebelum ini, pasukan tersebut turut mencipta kejayaan pada Kejohanan Bot Laju Festival Tatau, di mana Abdul Muhaimin juga memperoleh kemenangan penting yang membawa mereka kepada kejayaan terbaharu di Kanowit.

    Abdul Muhaimin semasa menerima trofi selepas memenangi tempat ketiga dalam Kategori 50hp dan ke bawah pada kejohanan tersebut. – GAMBAR SERAHAN PBLBD
    GAMBAR SERAHAN PBLBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda