Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Patung ‘Sumpahan Kolonel’ KFC dilupuskan

    TOKYO, 21 MAC – Patung plastik Kentucky Fried Chicken (KFC), Kolonel Sanders yang menjadi azimat bertuah untuk peminat sukan besbol Jepun telah ‘dilupuskan’ 15 tahun selepas dikorek keluar dari sungai Osaka.

    Pada tahun 1985, penyokong kuat Hanshin Tigers Osaka, yang terkenal sebagai peminat sukan besbol Jepun yang paling bersemangat telah membuang patung itu dan juga terjun ke dalam sungai Dotonbori yang kotor selepas memenangi Siri Dunia versi Jepun.

    Tetapi setelah nasib Tigers semakin goyah beberapa tahun kemudian, muncul satu kepercayaan yang digelar ‘Sumpahan Kolonel’ di kalangan peminat bahawa kejayaan hanya akan pulih jika patung bersaiz hidup itu dijumpai.

    Patung berjanggut itu akhirnya ditemui semasa kerja pembinaan pada 2009 dan diselamatkan dengan keaadan diselaputi lumut,hilang cermin mata serta tangan kirinya. Ia dibersihkan, dijampi oleh seorang paderi dan dipamerkan semula.

    Sumpahan itu mengambil sedikit masa untuk hilang tetapi apabila selepas 38 tahun kemudian, akhirnya Tigers memenangi Siri Jepun sekali pada tahun lepas dengan sambutan liar dan lebih banyak terjunan ke dalam sungai.

    Gambar fail pada 2009 menunjukkan patung pengasas KFC, Kolonel Sanders dipamerkan oleh pegawai bandar Osaka selepas ia ditemui dari sungai. – AFP

    Namun pada Selasa lepas, patung KFC itu sudah ‘terlalu usang untuk diselenggara’ dan akan dilupuskan.

    Tetapi sebelum itu, upacara ‘penghargaan’ telah diadakan di sebuah kuil dan turut dihadiri oleh presiden Jepun KFC, Takayuki Hanji, yang menghidangkan sake Jepun berserta ayam KFC. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda