Wednesday, November 27, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paula kekal tenang tak mahu buka aib Baim Wong

    Selepas pelbagai dakwaan dan aib didedahkan, isteri kepada Baim Wong iaitu Paula Verhoven memilih untuk kekal tenang dan berserah kepada Tuhan.

    Paula atau Paula Verhoeven, 37, bagaimanapun berkata dia tidak akan melakukan perkara yang sama terhadap Baim, kongsi mStar.

    “Ya, ujian ini adalah cara Allah SWT mahu kita mendekatkan diri kepadaNya. Mahu melihat bagaimana kita bertindak balas.

    “Pada tahap ini, saya cuma berserah kepada Allah SWT,” katanya.

    Paula berkongsi perkara itu menerusi sebuah program mengenai agama di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia pada Ahad.

    Dalam pada itu, Paula meluahkan rasa syukur dan mempelajari tentang kehebatan Allah SWT menerusi ujian yang dihadapinya.

    Ibu kepada dua orang anak itu juga memberitahu bahawa dia meyakini Allah SWT akan sentiasa berada di sisi hamba yang ditimpa musibah.

    “Alhamdulillah dengan ujian ini, saya telah belajar banyak tentang agama.

    “Saya menjadi lebih yakin bahawa Allah SWT itu maha besar dan sentiasa berada di sekeliling kita,” ujarnya. – Agensi

    Paula dikatakan sering ke kelas agama. – Voi.id
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda