Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paula Verhoeven menangis didakwa penghidap HIV, pilih diam daripada pertahan diri

    Bekas isteri Baim Wong iaitu Paula Verhoeven hanya mampu mengalirkan air mata apabila didakwa penghidap HIV sebelum berkahwin dengan aktor tersebut.

    Sudah penat mempertahankan diri, Paula, 38, sebaliknya memilih untuk mendiamkan diri kerana sudah tidak tahu cara membersihkan kembali imejnya namanya, menurut laporan mStar.

    “Saya sebenarnya sudah penat. Setahun saya dituduh dengan macam-macam dakwaan.

    “Saya sudah tidak tahu bagaimana untuk mempertahankan diri. Saya menyerah,” katanya.

    Paula meluahkan rasa sedih itu ketika muncul dalam program Curhat Bang! Di saluran YouTube Denny Sumargo baru-baru ini.

    Dakwaan Paula dijangkiti HIV mula menjadi bualan selepas perkara itu dikatakan turut tertulis dalam permohonan cerai yang dibuat Baim.

    Pada 16 April lalu, Paula dan Baim sah bercerai talak satu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

    Mahkamah turut mensabit Paula nusyuz kerana berlaku curang selepas semua bukti difailkan Baim dalam kes penceraian mereka dibuktikan sebagai benar. – Agensi

    Paula Verhoeven menangis didakwa penghidap HIV, pilih diam daripada pertahan diri. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda