Sunday, September 15, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pegawai kesihatan: Kempen vaksinasi polio bermula di Gaza

    SEMENANJUNG GAZA, 1 SEPT – Kempen vaksinasi polio secara rasmi bermula kelmarin di Semenanjung Gaza di mana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengumumkan ‘jeda kemanusiaan’ untuk membolehkan inokulasi berskala besar, kata seorang pegawai kesihatan kepada AFP.

    Kempen ini diumumkan selepas Gaza mencatatkan kes polio pertamanya dalam suku abad bulan lalu.

    Ia secara rasmi bermula pada Ahad di tiga pusat kesihatan di tengah Gaza, sehari selepas sejumlah kanak-kanak yang tidak dinyatakan telah diberikan vaksin di kawasan selatan Semenanjung Gaza.

    Kanak-kanak berumur dari satu hari hingga 10 tahun tiba di pusat-pusat tersebut untuk menerima dos sambil dron terbang di atas, kata Yasser Shaabane, pengarah perubatan hospital Al-Awda di tengah Gaza.

    “Terdapat banyak dron terbang di atas kawasan di tengah Gaza dan kami berharap kempen vaksinasi untuk kanak-kanak ini akan berjalan dengan tenang,” kata Shaabane. – AFP

    Seorang pekerja kesihatan memberikan vaksin polio kepada kanak-kanak Palestin di Zawayda di tengah Semenanjung Gaza pada 1 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda