SACRAMENTO – Salvador Calzadillas tidak risau dijangkit wabak koronavirus ketika memetik oren mandarin di kebun di tengah California.
Tetapi berkata pergi ke kebun setiap hari bersama isterinya, yang juga seorang pekebun, berdepan risiko namun tiada apa-apa yang boleh mereka lakukan untuk mengubahnya.
Lagipun, bekerja sebagai peladang tidak dapat dilakukan dari rumah.
Calzadillas dan isterinya adalah diantara berpuluh-puluh pekerja yang bersesak-sesakdi dalam sebuah kereta atau van untuk pergi ke kebun yang mengambil masa 40 minit perjalanan. Di sana, mereka dikumpulkan dalam satu kumpulan untuk mendengar arahan harian – tanpa menghiraukan mengenai penjarakkan sosial, katanya.
“Setakat ini tiada perubahan, semuanya masih sama,” tambah Calzadillas. “Ramai rakan sekerja saya berkata bahawa mereka ini seperti ini kebal, bekerja seperti biasa, tiada pencegahan dan kami terus bekerja.”
Pekerja berusia 31 tahun itu merupakan salah seorang pekerja di operasi ladang sebagai perniagaan penting di tengah-tengah California yang kaya dengan ladang di Central Valley, membekalkan makanan kepada Amerika Syarikat walaupun sekolah-sekolah, kedai makan, gedung membeli belah ditutup disebabkan oleh koronavirus.
Lebih dari satu per tiga sayur sayuran di negara itu dan dua per tiga buah-buahan dan kekacang ditanam di California, di mana ladang-ladang dan kandang binatang menjana hampir $50 bilion pada tahun 2018, menurut Jabatan Pertanian.
Kumpulan pertanian dan pemimpin kesatuan menggesa majikan untuk mengambil langkah berjaga-jaga mencegah penularan daripada merebak di antara pekerja-pekerja ladang di California, yang sudah mengalami kekurangan bekalan. Para pekerja yang tidak dapat bekerja kerana sakit boleh menjejaskan hasil tanaman dan bekalan makanan.
Sesetengah peladang mematuhi arahan, pegawai kesatuan dan peladang berkata. Tetapi ia mungkin sukar untuk memisahkan pekerja dengan jarak 6 meter seperti mana yang disarankan kerana cara sebahagian tanaman tumbuh,” Puglia berkata.
“Itu sangat tak efisien dan sangat menelan belanja untuk beroperasi, dan kebanyakan peladang tidak mampu melakukannya. Mereka akan mendapat kerugian.”
Western Grower berkata kebanyakan ahli telah menambah stesen sanitasi di ladang dan dimestikan mencuci tangan sebelum dan selepas bekerja dan menjarakkan pekerja di kemudahan pengilangan.
United Farm Worker menggunakan masa ini untuk menolak segala permintaan yang lama, termasuk menghapuskan keperluan untuk nota doktor dan alasan lain untuk mendapatkan cuti bergaji. Dalam surat kepada industri pertanian, kesatuan berkata pekerja sepatutnya boleh mencuci tangan secara kerap dan menggalakkan mereka untuk berada di rumah jika sakit.
“Apa yang kami dapat lihat, kebanyakan pengusaha tidak berkomunikasi dengan pekerja mereka untuk mengongsikan perkara asas: bagaimana untuk mengamalkan amalan terbaik (seperti) mencuci tangan mereka dan menjarakkan diri mereka dari orang lain, kata Amando Elenes, setiausaha bendahari di United Farm Workers, yang diwakili oleh 27,000 pekerja bermusim.
Joe Pezzini, presiden pengusaha sayur-sayuran Ocean Mist Farm, berkata pejabatnya dan kakitangan jualan bekerja dari jauh jika boleh.
Dia berkata syarikat tersebut, yang beroperasi di Coachella Valley dan Central Coast, California, mempunyai pekerja yang memakai sarung tangan dan peralatan sanitasi untuk memastikan keselamatan makanan sebelum virus tersebut muncul.
“Salah satu perubahan terbesar dalam latihan dan pendidikan,” dia berkata, adalah menggalakkan pekerja untuk menjarakkan diri daripada orang lain, termasuk semasa waktu rehat. “Sebahagian darinya disebabkan oleh keselamatan, tetapi untuk kita dapat memastikan menghasilkan makanan kepada negara. Kami mengeluarkan makanan untuk negara yang sedang memerlukan ketika ini.”
Krisis koronavirus telah menarik perhatian mengenai peranan kritikal para peladang, dengan penduduk mendapati rak-rak di pusat membeli-belah cepat dikosongkan oleh orang ramai yang panik dan membeli serta menyimpan makanan di rumah mereka.
Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan berkata ancaman COVID-19 bersentuh dari makanan atau bungkusan makanan adalah rendah. Peladang dan pekerja kebanyakan mereka risau mengenai jangkitan sesama mereka.
Untuk kebanyakan, koronavirus menyebabkan gejala yang ringan atau sederhana, seperti demam dan batuk yang akan sembuh dalam dua ke tiga minggu. Tetapi bagi yang lain, terutama golongan tua dan orang yang menghidapi penyakit kronik, ia mungkin menyebabkan penyakit yang serius, termasuk pneumonia dan kematian.
Leti Martinez, yang memetik buah oren mandarin, berkata majikannya hanya memberikan sedikit maklumat mengenai virus kecuali menerangkan bahawa ladang tersebut dibenarkan beroperasi.
Pekerja yang berusia 31 tahun berkata di memakai sarung tangan untuk mencegah tangannya dari tercucuk dan melilitkan kain di mukanya untuk menghalang dari dimasuki habuk. Tetapi dia risau mengenai perjalanan pulang dengan pekerja-pekerja yang lain dan berkata mereka kadang-kala kekurangan bekalan air di dalam tandas sebaik sahaja mereka sampai di rumah.
Perbalahan di antara penyokong kesatuan pekerja pertanian menyarankan pegawai AS untuk mewajibkan majikan untuk menyediakan sekurang-kurangnya jarak 6 kaki di antara katil untuk pekerja yang bersesak dalam satu bilik dan menjalankan ujian virus sebelum memasuki negara itu.
Jurucakap Jabatan Buruh berkata bahawa masih belum ada pengumuman mengenai perubahan kondisi pekerjaan untuk H-2A. – AP