Wednesday, June 26, 2024
23 C
Brunei

    -

    Pelajar lemas ketika memancing di lombong

    KUANTAN, 17 Jun – Seorang pelajar lelaki ditemukan lemas di sebuah bekas lombong emas, di Jalan Sungai Taban, Kampung Merapoh, Kuala Lipis pada awal pagi kelmarin. 

    Ketua Polis Daerah Lipis Supt Ismail Man berkata mayat Muhammad Adam Harris Mohd Azman, 18, ditemukan pada 2:50 pagi selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan sejak malam sabtu. 

    Beliau berkata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud 2, Besut, Terengganu itu bersama sepupunya memancing di lombong berkenaan kira-kira 7 malam, Sabtu, sebelum mata joran mangsa terputus.

    “Mangsa bertindak terjun ke dalam lombong itu dan berenang pada jarak lebih kurang 12 meter dari daratan untuk mendapatkan mata joran. Semasa berpatah balik ke darat, mangsa kelihatan tidak berdaya lalu lemas dan tenggelam,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

    Ismail berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Bernama

    Gambar hiasan. – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bunuh 3 anak, ibu dipenjara 18 tahun

    WELLINGTON, 26 JUN - Seorang hakim di New Zealand hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun kepada seorang wanita kerana membunuh tiga anak perempuannya...