Friday, March 14, 2025
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar terjejas banjir akan dipindahkan ke pusat peperiksaan lain

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Bagi pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan GCE O Level namun sekolah mereka terjejas akibat banjir, mereka akan dipindahkan ke sekolah atau pusat peperiksaan lain bagi menduduki peperiksaan berkenaan.

    Di samping itu, mereka juga akan disediakan pengangkutan jika ada keperluan atau diberikan tempat tinggal sementara seperti hostel serta akan terus dihadapkan laporan ke lembaga peperiksaan.

    Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh ketika menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Mohammad Danial @ Tekpin bin Ya’akub mengenai isu pelajar yang menduduki peperiksaan tetapi sekolah mereka mengalami kejadian banjir semasa Persidangan MMN ke-21 yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis, hari ini.

    Sementara mengulas mengenai isu disiplin dalam kalangan guru yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Haji Mohd Salleh bin Haji Othman, Yang Berhormat Datin menerangkan Kementerian Pendidikan mempunyai Jawatankuasa Tatatertib yang akan menangani isu-isu berkenaan.

    Di samping itu, guru-guru berkenaan sebelum ataupun selepas itu, akan dirujuk untuk membuat kaunseling, tambahnya.

    Yang Berhormat Awang Haji Mohammad Danial @ Tekpin mengemukakan isu semasa Persidangan MMN ke-21 kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda