Sunday, September 29, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelakon ‘Seinfeld’ meninggal dunia dalam pelukan isteri

    Pelakon sitkom Seinfeld iaitu Hiram Kasten meninggal dunia akibat menderita kanser prostat, lapor mStar.

    Menerusi sebuah perkongsian di Facebook milik Hiram, pelakon berusia 71 tahun itu meninggal dunia dalam pelukan isterinya, Diana Kisiel Kastenbaum hanya beberapa jam selepas menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-38.

    Berita kematian aktor berkenaan dimuat naik pada petang Ahad yang memberitahu Kasten sudah lama bertarung dengan pelbagai komplikasi kesihatan sejak 2017 termasuk kanser prostat dan penyakit crohn.

    Meskipun hanya muncul dalam beberapa episod siri Seinfeld pada 1993 hingga 1994 dengan membawakan watak Michael, Hiram menjalin hubungan akbrab bersama pelakon utama siri berkenaan iaitu Jerry Seinfeld.

    Rasa cinta terhadap dunia hiburan tidak pernah membuatkan Hiram mengabaikan tanggungjawabnya kepada isteri dan anak-anak.

    Menurut perkongsian yang dibuat juga, Hiram dikatakan seorang ketua keluarga yang hebat dan bapa penyayang kepada anak perempuannya iaitu Milicent Jade Kastenbaum.

    Hiram dikenali sebagai pelawak terkenal di Amerika Syarikat. – mStar.

    Selain Seinfeld, Hiram turut terlibat dalam beberapa siri sitkom 90-an termasuk Saved By the Bell, The Fresh Prince of Bel-Air, Cybill, Mad About You dan Everybody Loves Raymond. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda