Saturday, October 26, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelakon veteran Kim Soo Mi meninggal dunia

    Pelakon Kim Soo Mi dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada pagi tadi (waktu tempatan).

    Korea Times melaporkan, Soo Mi meninggal dunia pada usia 75 tahun selepas ditemukan tidak sedarkan diri oleh anaknya dan terus dibawa ke hospital St Marry, Korea Selatan.

    Bagaimanapun aktres tersebut tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di unit kecemasan.

    Sebelum ini, Soo Mi menghentikan segala aktiviti seni pada Mei hingga Julai tahun ini kerana kerap dimasukkan ke hospital.

    Aktres berkenaan kemudiannya membuat penampilan semula pada September lalu namun membangkitkan kebimbangan peminat apabila melihat keadaan kesihatannya yang lemah.

    Dilahirkan pada 3 September 1959, Soo Mi sudah bergiat aktif dalam dunia hiburan selama lebih daripada 50 tahun.

    Nama Soo Mi mula mendapat perhatian selepas membintangi drama Country Diaries ketika dia tampil dengan watak seorang perempuan tua meskipun ketika itu baru ber-usia 30an.

    Soo Mi kemudiannya membintangi beberapa drama dan filem popular termasuk Hello, Franceska, Band of Sisters, The King And I dan The Eldest. – Agensi

    Kesihatan Soo Mi sejak kebelakangan ini dilihat kurang baik. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda