Friday, September 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelancaran ICBM China cetus kebimbangan serantau

    BEIJING, 25 SEPT – China berkata ia telah melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) hari ini, menembaknya ke Lautan Pasifik dalam latihan pertama seumpamanya dalam beberapa dekad.

    Pelancaran itu mencetuskan bantahan dari negara-negara lain di rantau ini, dengan jiran China, Jepun berkata ia tidak diberikan notis awal dan menyatakan ‘kebimbangan serius’ mengenai pembangunan ketenteraan Beijing.

    Beijing telah meningkatkan pembangunan nuklearnya dan meningkatkan perbelanjaan pertahanan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan Pentagon memberikan amaran pada Oktober lalu bahawa China sedang membangunkan senjatanya lebih cepat daripada jangkaan Amerika Syarikat.

    China mempunyai lebih daripada 500 kepala peledak nuklear yang beroperasi setakat Mei 2023 dan dijangka mempunyai lebih daripada 1,000 menjelang 2030, katanya.

    Pasukan Roket tentera China ‘melancarkan ICBM… membawa kepala peledak palsu ke laut lepas di Lautan Pasifik pada jam 8:44 pagi pada 25 September, dan peluru berpandu itu jatuh ke kawasan laut yang dijangkakan’ hari ini, kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan.

    Seorang penganalisis memberitahu AFP ujian seperti itu sangat jarang berlaku.

    “Ia sangat luar biasa dan mungkin kali pertama dalam beberapa dekad kita melihat ujian seperti ini,” kata Ankit Panda, Felo Kanan Stanton di Carnegie Endowment for International Peace. “Ujian ini mungkin menunjukkan pemodenan nuklear China yang berterusan yang memerlukan keperluan ujian baharu,” tambahnya. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda