Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelancaran teleskop NASA ditangguh lagi

    WASHINGTON, 28 Jun – NASA semalam berkata kesilapan teknikal dan manusia telah menjadi punca kelambatan baharu dalam pelancaran teleskop besar angkasa lepas, yang kini tidak akan dihantar sebelum Mac 2021.

    James Webb Space Telescope, yang lama dijangkakan NASA akan mengganti Hubble, pada awalnya bertujuan akan digunakan tahun ini tetapi berdepan banyak masalah.

    Telescope Webb akan menjadi yang paling berkuasa pernah dibina, kira-kira 100 kali ganda lebih sensitif daripada Hubble dan akan dihantar bagi menjalani misi untuk buat kali pertamanya memberikan peluang sekilas pandangan kepada para ahli astronomi galaksi-galaksi pertama yang terbentuk dalam alam semesta awal.

    Penangguhan terbaharu telah diumumkan Mac lalu apabila NASA berkata pelancaran berkemungkinan pada Mei 2020. Masalah terbaharu berpunca daripada pelbagai kesilapan manusia, masalah teknikal dan malah ‘keyakinan melampau’ kata Tom Young, pengerusi Lembaga Bebas Kajian Semula.

    “Kerumitan dan risiko tidak boleh dengan berlebihan dianggarkan atau dinyatakan,” beritahunya kepada para pemberita dalam menerusi telefon.

    Pentadbir NASA, Jim Bridenstine berkata dalam video mesej bahawa teleskop akan melakukan perkara yang mengagumkan, perkara yang tidak pernah kita dapat lakukan sebelumnya seperti yang kita dengar daripada galaksi lain dan melihat cahaya dari awal masa.”

    “Di angkasa lepas kita terpaksa melihat pada jarak jauh dan kadang kala kerumitan misi kami, tidak datang sekali gus seperti yang kami harapkan. Tetapi kami belajar, kami mengorak langkah ke hadapan dan akhirnya kami berjaya. Kami akan ke sana bersama Webb,” katanya lagi.

    “Saya meyakinkan anda bahawa pada akhirnya, Webb Telescope akan dilihat bernilai,” ujarnya.

    Laporan teknikal NASA mengatakan dalam satu kes “larutan tidak sesuai telah digunakan untuk membersihkan injap sistem pendorongan yang telah disimpan. Kesilapan itu merupakan kegagalan untuk memeriksa dengan penjual injap bagi memastikan larutan yang digunakan adalah yang disarankan dan tidak akan merosakkan injap. Injap perlu dialihkan dari pesawat angkasa lepas, dibaiki atau diganti dan dipasang semula.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda