Wednesday, June 26, 2024
33.9 C
Brunei

    -

    Pelancongan Tunisia dijangka cecah 10 juta tahun ini

    TUNIS, 16 JUN – Sekurang-kurangnya 3.37 juta pelancong telah melawat Tunisia sehingga 10 Jun tahun ini, meningkat sebanyak 5.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, lapor stesen radio swasta, Mosaique FM, kelmarin.

    “Jumlah keseluruhan pelancong dijangka mencecah 10 juta menjelang akhir tahun ini,” kata Aymen Rahmani, pengarah kajian dan kerjasama antarabangsa di Pejabat Pelancongan Kebangsaan Tunisia, yang dipetik oleh Mosaique FM.

    Dari 1 Januari hingga 31 Mei, jumlah penginapan di hotel-hotel Tunisia dilaporkan mencecah 5.87 juta, meningkat sebanyak 6.4 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2023, tambah Rahmani.

    Pelancongan merupakan sektor penting dalam ekonomi Tunisia, mewakili 9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu dan menawarkan hampir 400,000 pekerjaan.

    Sektor pelancongan Tunisia mengalami krisis terburuk dalam beberapa tahun yang lalu, berikutan pemberontakan Arab pada 2011 dan serangan pengganas di Muzium Bardo di ibu negara, Tunis, dan pusat peranginan pantai di Sousse pada 2015. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kelahiran Korea Selatan kembali pulih pada bulan April

    SEOUL, 26 JUN - Kelahiran di Korea Selatan kembali pulih dalam tempoh 19 bulan di tengah-tengah kebimbangan yang berlarutan mengenai penurunan berterusan dalam jumlah...