Saturday, November 16, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelarian Rohingya dipindahkan akibat protes

    JAKARTA, 27 MAC – Berpuluh-puluh pelarian Rohingya yang diselamatkan selepas insiden bot terbalik di pantai barat Indonesia minggu lalu, telah dipaksa meninggalkan tempat perlindungan sementara mereka akibat protes tempatan, kata seorang pegawai agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) hari ini.

    Etnik Rohingya yang kebanyakannya beragama Islam itu mengalami penganiayaan yang teruk di Myanmar dan ribuan daripada mereka mengambil risiko dalam perjalanan laut yang panjang dan mahal setiap tahun untuk cuba sampai ke Malaysia atau Indonesia.

    Namun, kedatangan pelarian telah mencetuskan kemarahan di wilayah Aceh, Indonesia, di mana beberapa penduduk tempatan telah menolak bot-bot yang membawa Rohingya kembali ke laut atau cuba menyerbu tempat perlindungan sementara mereka dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

    Mangsa yang terselamat dalam kejadian bot terbalik pada minggu lalu telah dibawa ke pejabat ketua kerajaan tempatan di Aceh Barat, kata wakil perlindungan UNHCR, Faisal Rahman kepada AFP.

    “Mereka dipindahkan ke belakang pejabat bupati (penguasa tempatan),” katanya. – AFP

    Pelarian Rohingya sedang menerima rawatan di tempat perlindungan sementara di Meulaboh, Aceh Barat, pada 22 Mac lepas. Kedatangan pelarian Rohingya mencetuskan kemarahan penduduk tempatan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda